Memories of Pulau Kapas
August 2nd, 2006 by lailarahimi
hello.. long time no see, ar?
not many stories to share rasanya.. but anyway.. ada satu citer best yang boleh dikongsi bersama dengan anda semua.. awal julai lepas dari 7/7/06 hingga 9/7/2006, we were away for a vacation.. lailarahimi mencemar duli ke terengganu buat kali kedua untuk menghantar adik nakal tercinta mendaftar pengajian kat UiTM Dungun.. dan kami panjangkan perjalanan itu untuk honeymoon di Pulau Kapas, Marang, Terengganu..
kami bertolak dari puchong lebih kurang dalam pukul 2.00 pagi hari jumaat tu.. aku cuba untuk membuntangkan mata supaya dapat temankan rahimi memandu.. and tried very hard to avoid myself from fall asleep but really cannot tahan when our journey passed kuantan.. mengantuk sangat!! besides i just came back from work mah.. rahimi and his solo drive okla.. until we stopped at R&R mana ntah aku pun lupa.. aku terjaga.. we stopped for a break and makan nasi goreng yang aku masak dan minum nescafe panas yang aku bekalkan tadi.. hehehehe.. tulah untungnya memasak.. ada orang tukang makan.. hihihi.. kelakar jugak kami berdua rebut2 nak makan pasal lapar pulak tetiba bila pekena nasi goreng sejuk tu.. yang aisyah tak bangun.. dia terus-terusan membuta dalam kereta..
perjalanan bersambung dan aku pun tersengguk sehinggala aku beritau rahimi dah tak boleh tahan nak tidur.. and he said "tidurlah, ma.." ok! aku pun terlelapla sehingga dekat area kemaman kot aku tersedar bila kereta terasa dipandu tak macam selalu.. yelah.. rupanya rahimi dah terbabas sikit dan alhamdulillah dia tersedar.. dan aku tersedar + terkejut! terus segar biji mata! terasa bersalah tak mampu menemankan dia memandu.. dan tak mampu mengambil alih stereng pasal aku mengantuk sangat!! sama2 tarik nafas panjang.. syukur takde apa berlaku.. dalam hati cemas tak terkata.. dan akhirnya kami sampai di dungun dan singgah bermalam di rumah pak long rahimi.. kami disambut adik rahimi, nina dan mak long sekeluarga.. pak long takde kat umah masa tu.. kami berehat.. sebelah petang dan malam, kami keluar jalan dengan aisyah, nina dan dodi (anak bongsu pak long yang sebenarnya tak suka keluar rumah tapi hairannya dia nak pulak ikut kak lela dia jalan2)..
petang tu kitorang pegi bersiar2 kat pantai dungun.. pastu, singgah beli durian.. balik umah jap, semayang maghrib then keluar balik pegi Pesta Dungun.. ala pestanya macam funfair.. apalagi dodi? syokla dia.. asik lobi je abang remy dia nak main tula.. nak naik tula.. kitorang naikkan dia ngan nina kat buaian pusing.. bila rahimi takutkan dia cakap buaian tu laju, dia selamba jawab, "ni dok laju lagi!".. then, bila dia naik, kami ketawa kat bawah sebab orang berani dah pegang kiri kanan dan tunduk ke bawah pejam mata.. hahahahahaha!! dodi, dodi!! pastu, bapa angkat aisyah belanja kami makan.. wah.. selera tak terkata nak menghabiskan semua lauk pauk atas meja.. sampai dodi nak tertidur kekenyangan kat meja.. esoknya, awal pagi bangun kami bersiap.. lepas breakfast nasi lemak mak long, kami hantar aisyah ke rumah sewa dia area situ jugak sebelum kami berdua meneruskan perjalanan ke destinasi kami seterusnya…
pulau kapas… kau tunggu kami datang.. kami naik speedboat dari jeti ke pulau kapas.. lebih kurang 20 minit rasanya.. rasa seram jer.. kebetulan tempat duduk penuh.. aku dan rahimi berpisah tempat.. rasa semacam jer.. dalam hati kalaula terbalik.. kalaula dipukul badai.. kalaula.. kalaula.. mana tak seram.. ombak tengah kuat membantai.. bila bot kami lalu.. naik then boom jatuh balik!! rahimi di depan sengih2 pulak.. aku dahle takde tempat berpaut.. heheh!! sesampai di pulau kapas.. kami check-in di Kapas Island Resort.. dan tidur.. berehatla.. penat, kan?
petangnya, kami cari makan.. jalan2, jumpa "Warung Pak Ya". ingat tu.. kalau ada pegi, pegila warung ni. kita pun dudukla.. tengok menu semacam jer.. maklumla tak tahu resam pulau kapas.. nasi goreng harganya rm5. kalau spesel sikit will cost you more. air teh ais rm2.50. teh panas rm2. then, kami orderla.. nasi goreng cina, nasi goreng kampung, teh panas gelas besar, 100plus ngan ais batu.. lepas makan, kami rembat twisties dan cheezels.. harganya dalam rm18 kot. wah.. hebatkan? kalau rm18 kat luar pulau, dah tentu nasi putih berlauk pauk punya.. lepas tu, kami terjun ke laut untuk mandi manda… permulaan laut tu ada banyak batu sikit.. kena berhati2.. tak
bolehla nak lari2 sesuka jiwa nak masuk air, kan? dekat satu jam berendam dan kemudian kami berkubang sekejap dalam kolam renang dekat dengan cafe.. kemudian, rahimi ajak aku jalan2 tepi pantai.. kami menyusur pantai dari hujung kanan hingga nak sampai hujung kiri.. bila hari dah gelap.. kami putuskan untuk patah balik… kami nampak Restoran Makcik Gemuk then have decided to try their food.. bila naik restoran, kena buka kasut.. so, kitorang naik and makcik datang bagi menu.. takla gemuk sangat makcik tu.. pastu dia tinggalkan kami dan kami berdua cepat2 tengok menu… hahaha.. lagi terbeliak bila tengok harga menu dia.. wah.. nasi goreng biasa rm8.. kahkahkah.. aku ketawakan diri sendiri.. rahimi ajak aku cabut.. dalam serba salah
kami cabut cepat2.. mesti makcik tu sumpah seranah kami.. kesian dia.. dan kami pun singgah tapau di "Warung Pak Ya" idaman hati.. masa tu.. badan dah melekit sana sini.. lepas tapau kami masuk chalet semula.. sejuknya mandi.. lepas mandi, makan sama2.. hihihi.. baru nak ajak rahimi jalan2 kat luar, dia dah komplen pening kepala nak demam.. aduhai.. tension betul.. tula.. tadi macam terror sangat taknak mandi dulu terus jalan2 dalam kebasahan.. malam berlalu bosan… rahimi tidur dengan nyenyaknya sampai pagi…
esoknya, kami breakfast di cafe.. cadangan nak snorkeling dan sambung main air tak kesampaian sebab rahimi betul2 panas dalam demam yang tetiba tu… nak buat macam mana.. berehat sebentar kat bilik.. dan kami bersiap.. selepas check-out.. kami keluar bergambar sambil menunggu speedboat untuk bawa kami semula ke tanah seberang.. waktu balik ni, kami cuma berenam dalam bot.. 2 couples with the boatmen. seram.. nasib baik rahimi kali ini ada kat sebelah.. fikiran dielak daripada fikir yang bukan2… hehehehe..
dah puas menghulur RM pada peniaga.. rahimi surrender.. dia kata dah lewat.. takut tak sempat nak kejarkan Final World Cup 2006.. hihihihihi! then cepat2 kami bergerak pulang.. rindunya pasar payang.. masih ada lagi yang belum aku ketemu kat situ.. takpela.. dalam perjalanan pulang, kami sempat berhenti di pulau batu burok, masjid terapung dan singgah jumpa adik2 tercinta, nina dan aisyah.. dari dungun, kami terus memandu pulang.. kami berhenti di permulaan highway menuju kuantan untuk makan malam.. sedap.. lagipun lapar!!
dan.. walau macammana terrorpun aku menahan mata dari tertutup sementara.. aku terlelap juga.. tak tersedar langsung rahimi memandu keseorangan sehinggala kami sampai di selayang.. wah.. hebatnya aku!! dan beberapa minit, aku terlelap lagi sehinggala satu ciuman hinggap di pipi.. bila bukak mata, dah ada depan pintu rumah.. aiseh.. tak boleh harap jugak co-pilot ni!!
kami berkemas seadanya.. sempatla jugak aku kupas 3 biji durian.. heheh.. sedapnya.. then kami bentang toto saja untuk tengok Final World Cup kat tv bawah.. tak sampai 30 minit, rahimi kecundang jua akhirnya..tidurlah dia kepenatan.. dan tinggallah aku sendirian menyaksikan aksi2 pasukan pilihan aku sendiri semenjak kick-start lagi… yeah.. perancis!! and my favourite will always be zainudin.. hahahaha! zinedine zidanela.. tak sangka pulak dia jadi agresif tetiba.. walaupun aku berharap sehingga akhir.. tapi bila trezeguet tak mampu sempurnakan penalty kick, hancur harapan itu.. dan kami naik ke bilik bila terbukti benar.. perancis memang mengecewakan aku… tapi still okla.. match kira syokla nak tengok.. italy meloncat2 gembira dan hati bertambah tension tengok italy meraikan kemenangan dengan potong rambut si camonerasi tu… dahla.. kami tidur dengan aman dan esok kami ada planning untuk pergi ke Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda…..